Penaja blog

Monday, December 10, 2012

#126: Kandungan 38 minggu dan keluar tanda darah

Salam 1 Malaysia,

6.40 pagi (10/12/12)
Hari ni memang aku agak cemas dan kalut, bangun pagi hendak sembahyang subuh, tengok ada tompok darah kat seluar dalam tapi tak sakit....

Ni lah perbualan aku dan mak ayah aku sebelum pergi hospital

Aku :"Mama, akak keluar darah!!"

Mama:" Ha, tu nak bersalin lah tu, dah-dah mandi pergi hospital!!"

 Aku:" Mama, boleh sembahyang tak?"

Mama: "Tak boleh"

Ayah : "Sembahyang jer, darah kering  dan sedikit kan?

Aku: " Aah"

Hari ni pun memang ada appoinment check up dengan Dr kat hospital Melaka  dan tak sakit lagi so kami pun buat keputusan pergi klinik pakar O&G dulu buat check up dan cakap dekat Dr ada turun tanda pagi tadi

Di klinik pakar O&G Hospital Melaka

9.00 pagi- 12.00 tgh/hari

Buat pemeriksaan rutin check urin, berat, blood pressure-Normal

Jumpa Dr. buat pemeriksaan jantung, VE, Scan

Jantung: Normal
VE: Belum ada bukaan
Scan: Semua normal,
Jangkaan berat : 3.1 kg !!! (Ok dah lebih dari jangkkaan aku untuk bersalin, haih berapa lah berat dah bersalin nanti..huhu)
Jantina: Dr tak nak bagitahu even aku dah tanya sebab bakal tok ma dah tak sabar nak tahu jantina...dr cakap takut apa yang dia tengok tak tepat  (Scan lain, keluar lain) * aku kecewa..huhu


Keputusan:

Aku balik lah rumah sebab pintu rahim tak buka lagi even dah keluar tanda nak bersalin. Mak aku still cuak, boleh balik kak? kan dah keluar tanda...tu lah pilih bersalin kelas 3 mak aku cakap (Aku rasa tiada kaitan pun pasal kelas tu, sebab pintu rahim tak bukak tu yang kena balik..huhu)


p/s: Darah masih keluar sedikit petang ni, perut sakit sedikit macam sengugut tapi esok je lah aku bagitahu parent, ingat nak check di klinik kesihatan dekat rumah dulu kalau darah masih keluar esok pagi....





No comments:

Post a Comment